Era digital pengaruh media soaial promosi pelancongan

Oleh: Nio James

TUARAN: Dalam era digital, pengaruh media sosial telah menjadi peralatan yang berkesan untuk lembaga pelancongan mempromosikan destinasi mereka.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Assafal P. Allian berkata, media sosial  telah menjadi ‘duta dalam talian’, dan meninggalkan testimonial yang berpengaruh untuk pelancong dari seluruh dunia, terutama kepada demografi yang lebih muda.

“Saya gembira melihat ramai peserta yang berminat menghadiri Konvensyen Pengaruh Digital yang pertama Sabah.

“Kita mempunyai pengaruh utama, blogger, Instagrammers, YouTubers dari pelbagai bandaraya di India seperti Mumbai, Bangalore, Delhi dan sebagainya yang menyertai kita hari ini, untuk menyambung, mencipta kandungan  inspirasi perjalanandan berkongsi kepakaran mereka, ” kaatanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Pengaruh Digital, bertempat di Shangri-La Rasa Ria Resort, disini pada Khamis.

Konvensyen diadakan pada 27 hingga 28 Jun 2019 dianjurkan bersama Lembaga Pelancongan Sabah (LPS) dan Portal Laman Web Pengembaraan Antarabangsa, beroangkalan di India.

Konvensyen dua hari itu dihadiri oleh peneramah antarabangsa dan  lebih 50 bloger bagi berkongsi pengalaman dan peranan pemain media sosial didalam pasaran perniagaan.

Assafal berkata, pada 2018, pelancong dari India mencatat 0.41% ketibaan daripada pelancong antarabangsa ke Sabah.

Beliau berkata, India adalah negara yang paling ramai penduduk selepas China dan dijangka menjadi fenomena pasaran pelancongan seterusnya untuk Sabah.

Assafal berkata, terdapat lebih 200 penerbangan dikalangan pelbagai bandaraya di India ke Kuala Lumpur, dan kita berharap untuk memanfaatkan lalu lintas yang sedia ada.

Katanya, terdapat banyak potensi untuk kerajaan negeri meneroka pasaran ini untuk memperkenalkan lagi Sabah ke segmen pasaran baru.

“Mari jadikan acara ini sebagai permulaan lonjakan untuk meningkatkan kesedaran Sabah sebagai destinasi pelancongan ke pasaran India,” katanya.

Assafal berkata, Sabah mempunyai banyak potensi yang dapat memenuhi pelbagai jenis pelancong.

Antaranya mendaki Gunung Kinabalu, trekking hutan di Taman Bukit Tawau, menikmati pelayaran sungai hidupan liar sepanjang Sungai Kinabatangan, menerokai budaya yang menarik atau menyelam di tapak menyelam kelas dunia seperti Pulau Sipadan, Pulau Layang -Layang dan baru-baru ini, pengenalan Reef Ring Blue di Lahad Datu.

Beliau memberi pujian kepada Penerbangan Sabah, AirAsia, Malindo Air, Pelancongan Malaysia dan MATTA kerana telah menaja dan menjadikan majlis itu berjaya.

Beliau berharap, para peserta akan mengambil peluang ini menyelami cara terbaik untuk memaksimumkan potensi pengaruh digital bagi industri pelancongan di Sabah.