KOTA BELUD: Pejabat Perhubungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian terus memperkukuhkan komitmen terhadap kebajikan masyarakat dengan menyampaikan sumbangan touchpoint kematian kepada dua keluarga di Kadamaian, hari ini.
Kakitangan Pejabat Perhubungan ADUN Kadamaian, Shainim Epin, yang mewakili ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick, menyerahkan sumbangan kepada Majuntin Latun bagi pihak keluarga mendiang Kanduna Rasit dari Kampung Tambulion Laut.
Selain itu, Pegawai Kemajuan Masyarakat, Juin Kolod, daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian turut menyerahkan sumbangan kepada keluarga mendiang Jeremiah T. Ening Jr. dari Kampung Rangalau, Kadamaian, Kota Belud.
Program touchpoint kematian ini merupakan inisiatif Ewon untuk membantu meringankan beban keluarga yang kehilangan orang tersayang yang mencerminkan keprihatinan beliau terhadap kesejahteraan komuniti di Kadamaian dengan menawarkan sokongan moral dan kewangan dalam saat-saat sukar.

More Stories
Isu ‘Pusingan P’ di Jalan Kinarut Dibawa ke Peringkat Nasional
UPKO Tuaran Hormati Keputusan Fairuz Bandar, Ucapkan Selamat Maju Jaya
596 calon tanding PRN Sabah, bakal rebut 73 kerusi DUN