EWON TINJAU PUSAT PEMINDAHAN MANGSA BANJIR

KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Ewon Benedick meninjau Pusat Pemindahan Bencana Banjir di Dewan Masyarakat Tun Said, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM9,000 untuk Pusat Kawalan Operasi Bencana. Sumbangan itu diserahkan kepada Pegawai Daerah Kota Belud Diyanah Abdullah.

“Saya juga bersetuju menyumbang dua buah bot kepada Pejabat Daerah Kota Belud untuk digunakan oleh para petugas bencana banjir,” katanya selepas mengadakan tinjauan di pusat pemindahan bencana banjir itu, di sini, hari ini.

Turut serta dalam tinjauan itu Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis, Adun Usukan Datuk Japlin Akim dan para pemimpin setempat.

Hujan berterusan lebih 9 jam bermula 3 petang pada Sabtu menyebabkan banjir dan air di tiga sungai utama di Kota Belud melimpah.-http://beritasabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *