Foh Sang bakal ditransformasi menjadi sebuah pekan dinamik dan tapak pelancongan

BUDAYA…Ginger (kanan) menemani Shafie menerima skroll daripada mulut singa.

Oleh: Nio James

KOTA KINABALU: Foh Sang, sebuah pekan dipinggir Bandaraya Kota Kinabalu akan ditransformasi menjadi sebuah pekan yang dinamik kerana popularitinya menjadi tumpuan persingahan pengunjung untuk bersantai.

Menteri Belia dan Sukan, Ginger Phoong Jin Zhe berkata, Foh Sang juga bakal dijadikan sebuah tapak pelancongan dan seterusnya membawa pendapatan yang lebih banyak kepada kedai kedai di pekan itu, khasnya golongan belia dapat diberi lebih banyak peluang untuk melabur di situ.

“Ini menyakinkan saya bahawa komuniti Foh Sang yang penuh dengan semangat kekitaan ini, bakal dijadikan sebuah hab komuniti yang kreatif dan bercirikan kebudayaan.

Ditransformasi menjadi sebuah pekan yang dinamik, vibrant dan bercirikan belia,” katanya pada majlis perasmian Karnival Perayaan Kuih Bulan, di Foh Sang, disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal kelmarin.

SAMBUTAN HANGAT…Ginger menunjukkan kehadiran ribuan pengunjung pada perayaan Pesta Kuih Bulan Foh Sang.

Ginger berkata, usaha untuk menjadikan Foh Sang sebagai sebuah tapak pelancongan adalah selaras dengan amanat Shafie bahawa pembangunan sektor pelancongan negeri ini perlu diperkasakan dengan wujudnya lebih banyak produk pelancongan.

“Antaranya, kesenian, kreativiti dan bakat yang ada dalam kalangan orang muda kita. Foh Sang mempunyai potensi menjadi sebuah hab yang kreatif dan berbudaya.

Dan saya yakin Sabah akan menarik lebih ramai anak anak muda yang berbakat dan kreatif melabur dan menyumbang di tanah yang indah ini,” katanya.

Katanya, ia juga merupakaan komitmen kerajaan Sabah yang baru, di bawah pimpinan Shafie.

“Kita komited dan berdedikasi untuk mewujudkan lebih banyak peluang kepada anak-anak muda yang berbakat dan berkemahiran.

Kita akan berusaha sedaya upaya untuk membina sebuah ekonomi yang vibrant supaya anak muda diberi kuasa dengan peluang peluang yang ada seperti eluang perkerjaan, peluang keusahawanan dan peluang menunjukkan bakat serta kreativiti,” katanya.

“Foh Sang merupakan kampung saya. Erti perkataannya – keamanan dan kemakmuran. Walaupun ia dianggap sebagai satu kawasan majoriti cina.

Tapi sebenarnya terdapat ramai saudara dan saudari kita tanpa mengira kaum dan bangsa gemar untuk menikmati makanan petang di sini.

Bubur atau char kuey tiaw antara lain menjadi pilihan. Ini memang satu pusat persingahan dimana warga Kota Kinabalu sentiasanya singgah disini apabila hendak mencari makanan,” katanya.

Ginger berkata, Foh Sang merupakan satu tempat yang cukup unik. Ia menjadi tempat untuk penghuni kawasan ini minum kopi setiap pagi, relaks dan bersembang.

“Tempat ini penuh dengan silaturahim dan sentuhan kasih dalam dikalangan masyarakat setempat.

Kita bersatu padu, duduk bersama sama, kepelbagaian dan kekitaan.

“Ini dapat diterjemahkan didalam sambutan pesta tanglung atau kuihbulan.

Bulat bulan itu bermakna perpaduan, mahupun merapatlkan kekeluargaan serta dikalangan masyarakat.

Kita mahukan masyarakat kita hidup dengan perpaduan, seperti erti perkataan foh sang itu, iaitu keamanan dan kemakmuran,” katanya.

Ginger dan Shafie serta tetamu kehormat lain bergambar bersama pengunjung di majlis itu.

Ginger berkata, beliau bersyukur kerana negeri ini mempunyai seorang pemimpin yang sentiasanya mementingkan dan menegaskan semangat perpaduan dan kepelbagaian.

Beliau (Shafie) memberi peruntukkan buat pertama kali bagi gereja di Tambunan.

Beliau turut memberi peruntukkan tambahan kepada pendidikan cina dan juga perayaan kebudayaan cina.
Pada malam ini, kita menyaksikan Foh Sang, komuniti yang lama ini berjaya disuntik dengan elemen-elemen yang baru.

Kita berjaya menganjurkan pasar malam yang mana penduduk setempat dan pelancong dapat menikmati makanan atau makanan jalanan yang enak.

Dalam dua hari yang lalu, kita dapat lihat beribu-ribu orang datang ke pasar malam yang istimewa ini,” katanya.

Selain makanan yang enak, antaranya yang paling menarik pada Karnival tahun ini adalah, sekali gus kita menyaksikan lebih 25 kesenian jalanan yang indah dan kreatif dilukis dan didapati di Foh sang.

“Saya berasa amat gembira kerana ianya telah viral dan disambut baik antara masyarakat setempat khususnya anak-anak muda.

Syabas dan tahniah kepada pasukan yang muda daripada Ideology Studio dan Common Studio, bersama-sama lebih 30 artis tempatan, yang muda dan cukup berbakat.