Fokus kepada kesejahteraan rakyat, itu yang boleh disimpulkan terhadap 9 sembilan perkara yang dikemukakan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, hari ini.
Beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui video conference pukul 2.30 petang tadi.
Dalam pertemuan itu, Madius dengan pendiriannya menyatakan Darurat perlu ditamatkan dengan segera.

“Proklamasi Darurat gagal dan tidak memberikan nilai tambah kepada usaha membendung pandemik Covid-19. Sejak dilaksanakan kes melonjak naik sehingga 9,020 berbanding 2,232 pada 12 Januari semasa Darurat mula dilaksanakan.
Untuk itu, beliau mencadangkan Parlimen perlu dibuka semula dan kembali bersidang.

“Dengan pembukaan semula parlimen, ia akan membuka ruang kepada semua anggota parlimen termasuk pembangkang dalam membuat keputusan dan dasar politik yang memberi manfaat kepada rakyat serta negara melalui proses semak dan imbang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar online selepas tamat mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertuan Agong.
Lantaran itu Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran menyatakan bahawa beliau telah memberi cadangan akan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang mencukupi ditubuhkan.
“Parlimen yang bersidang kembali perlu diperkukuh dengan penubuhan jawatankuasa pilihan khas yang mencukupi untuk memastikan kesemua Ahli Parlimen daripada Penyokong Kerajaan serta Pembangkang, diberikan tanggungjawab dalam pembuatan keputusan agar politik negara menjadi profesional dan stabil.

“Bila keadaan politik yang stabil, tumpuan boleh dilakukan terhadap usaha-usaha menangani isu-isu yang dihadapi rakyat dan negara seperti mengawal penularan Covid-19 serta mendepani cabaran ekonomi,” katanya.
Berikut ini merupakan cadangan-cadangan lain yang dikemukakan Madius kepada Yang dipertuan Agong.
Wujudkan kestabilan politik melalui Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA).
Tolak cadangan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
Segerakan inisiatif vaksinasi dan dilakukan secara inklusif.
Utamakan bantuan kepada rakyat diperkemas dan disegerakan.
Pemberian peranti komputer riba dipercepat dan capaian jalur lebar diperluas
Penyelarasan pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan secara menyeluruh.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong