Kes Covid-19 ada turun sikit ini hari

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 4,949 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu dengan 60 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 71,625 kes aktif dan 921 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 459 memerlukan bantuan pernafasan.

Belaiu berkata, jumlah jangkitan kini adalah 662,457.

Kes sembuh pula sebanyak 6,588 dengan jumlah kumulatif 586,864.

Sementara itu sebanyak 60 kematian dicatat menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 3,968.

Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,523 kes.

Ia diikuti Sarawak sebanyak 744 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (503), Johor (430), Negeri Sembilan (323), Sabah (273), Pulau Pinang (214), Kelantan (214), Kedah (199), Melaka (119), Perak (136), Labuan (113), Terengganu (86), Pahang (61) dan Putrajaya (10).

Daripada jumlah kes baharu, enam adalah kes import manakala baki 4,943 penularan tempatan.

Hisham berkata, 60 kes kematian pada hari ini melibatkan 18 kes di Selangor, sembilan di Johor, lapan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh di Negeri Sembilan, enam di Sarawak, dan empat di Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain itu, katanya masing-masing dua kes di Pulau Pinang dan Kelantan, serta satu kes di Sabah,Terengganu, Perak, dan Melaka.

“Kes kematian itu membabitkan 58 warganegara dan dua bukan warganegara.

“Korban termuda berusia 34 tahun manakala paling tua berusia 98 tahun dengan majoritinya mempunyai sejarah penyakit kronik seperti, Lupus, kencing manis, jantung, darah tinggi, buah pinggang, obesiti dan strok,” katanya.