PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menyifatkan sebarang gerakan menggulingkan kerajaan seperti “Langkah Dubai” tidak bertanggungjawab dan individu terbabit dalam rancangan itu sepatutnya memfokuskan tugas sebagai pemimpin selepas mendapat mandat rakyat.
“Pembangkang memang tiada kerja lain, sepatutnya MB (menteri besar) Kedah ini fokus majukan negara, sudah diberi mandat sepatutnya dia fokus bekerja sebagai menteri besar Kedah, bukannya ambil ‘Langkah Chow Kit, Langkah Alor Setar’ dan sebagainya, itu orang yang tidak bertanggungjawab.
“Orang yang cakap secara berterus-terang mahu langkah itu, langkah ini yang mahu tumbangkan kerajaan adalah orang yang tidak bertanggungjawab. Sebagai menteri besar, ahli politik, sepatutnya fokus kepada kerja kita.
“Bagi saya sebagai menteri pengangkutan, saya hanya ada satu langkah, iaitu ‘Langkah Pendigitalan Kementerian Pengangkutan’,” katanya menurut Utusan Malaysia selepas menyerahkan peruntukan Yayasan YTL kepada Sekolah Menengah Kebangsaan St Paul di Seremban.
Ahli Parlimen Seremban berkata demikian selepas Menteri Besar Kedah, Sanusi Nor, mengesahkan wujud rancangan pembangkang menjatuhkan kerajaan mengikut proses dibenarkan Perlembagaan.
“Ada orang kata dia bukan ‘Langkah Dubai’, (sebaliknya) ‘Langkah Chow Kit’ saja kerana ia (perbincangan) dibuat di Kuala Lumpur.
“Saya rasa ‘Langkah Dubai’ itu cuma nak cetuskan kekeliruan orang pergi Dubai untuk bercuti,” katanya semalam.
More Stories
Miliki petrol tanpa lesen,dua lelaki didenda RM10,000 dan RM6,000 seorang lagi dipenjara
Wisma Putra ambil maklum kehadiran kapal tentera laut asing di EEZ Malaysia
Tiga individu diserang memerang ketika berjoging