Poon (kiri) serta pegawai beliau bersama Wong (dua kanan) semasa perbincangan mereka baru-baru ini
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN: Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon telah mengadakan perbincangan dengan presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) baharu Wong Foo Tin berhubung isu-isu yang dihadapi pada masa kini, dan pembangunan yang bakal dilaksanakan di Sandakan.
Poon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat merangkap Pengerusi Majlis Pembangunan Semula Ekonomi Sandakan membincangkan beberapa topik dengan Wong. Kedua-dua pihak mencapai kesepakatan mengenai pembangunan pelancongan Sandakan; iaitu, menitikberatkan pembangunan pelancongan Sandakan dan membaik pulih infrastruktur untuk menarik lebih ramai pelancong ke Sandakan.
Wong merupakan penjawat awam yang berpengalaman dan rakyat Sandakan menaruh harapan yang tinggi ke atas beliau. Poon berharap bahawa Wong dapat bekerjasama dengan Wakil-Wakil Rakyat di Sandakan dalam usaha-usaha membangunkan semula ekonomi Sandakan demi kesejahteraan penduduk-penduduknya.
Hadir bersama semasa perbincangan Setiausaha Politik Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Liau Fui Fui dan Setiausaha Sulit kepada Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ellisa Lim.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ