RUMAH KEDIAMAN MUSNAH 50% DALAM KEBAKARAN DI SEMPORNA

Oleh Ahmad Tamrin

SEMPORNA :  Sebuah rumah jenis kekal di Taman Muhibah dekat sini musnah 50% dalam kebakaran malam ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 7.30 malam.

Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Semporna diketuai oleh PB Abdul Jatin Jahiri bersama 17 anggota Bomba bergegas ke tempat kejadian dengan jarak sejauh 2km daripada balai menggunakan 4 buah jentera dan 1 buah EMRS. 

Operasi terkawal pada jam 7.50 malam dan tamat sepenuhnya pada jam 8.03 malam. Tiada mangsa dilaporkan. 

Punca dan kerugian masih dalam siasatan pihak Bomba Semporna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *