GANJARAN MENANTI PELAJAR YANG MENDAPAT A DALAM UPSR BAGI SK LOTONG

Sumbangan iklas untuk calon UPSR, Matius bersama sebahagian 18 orang calon UPSR SK Lotong, merasa gembira dan TERJUA dengan lawatan pemimpin Rungus yang disegani.

Oleh Aissac Bjsim

MATUNGGONG : Ganjaran menanti bagi pelajar SK Lotong   yang   Berjaya mendapat   A   dalam  Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR tahun ini,  itu lah  suntikan semangat daripada pemimpin masyarakat tempatan.

Mantan ahli dewan undangan negeri Matunggong  Datuk Matius Majihi  berkata, pemikiran para pelajar  hari ini harus fokus bagaimana hendak mengapai  pencapaian  keputusan  peperiksaan UPSR   pada  tahun ini dengan  lebih baik  lagi kerana  hal ini akan mengubah  masa hadapan pelajar itu.

Pelajar diingatkan supaya menerima perubahan  persepsi  dengan  menguasai ilmu  kerana  dengan penguasaan  ilmu  yang baik dapat  mengubah serta  mencapai kecemerlangan, sebagai pelajar akan membawa kejayaan dan  mengubah  sejarah keputusan UPSR seterusnya  akan mengubah masa hadapan keluarga dan masyarakat Rungus khasnya.

“Saya mahu agar  para pelajar yang akan menduduki  UPSR bagi SK Lotong pada tahun ini akan berubah dan untuk mengubah kedudukan tersebut bergantung  daripada  usaha dan perubahan minda khususnya dalam menguasai empat  kertas ujian UPSR iaitu  Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan Bahasa Malaysia”, katanya.

Katanya, walaupun  sekolah ini agak tepencil  namun   pelajar dan ibubapanya keinginan  untuk mencatatkan keputusan tinggi  berbanding dengan tahun lalu  dalam penguasaan  dalam empat  subjek sebagai mata pelajaran utama  bagi menghadapi  pelajar ke peringkat global, adalah  langkah pertama bagi pelajar untuk bersedia ke peringkat seterusnya”.

Matius ketika memberi amanat kepada pelajar UPSR SK Lotong

Matius walaupun kelihatan  sudah agak uzur  ditemani isteinya  namun  masih bersemangat dan amat mengambil berat soal pendidikan  terhadap anak bangsanya dan berharap agar kemanjadian melalui program  tersebut  dapat di manafaatkan murid S K Lotong  dengan sepenuhnya.

“Kejayaan dalam ko-kurikulum sudah menyerlah melalui adik Sylvia Rina Ak. Mat yang menjadi ikon pelajar dan bagi menyuntik semangat  dikalangan pelajar itu sendiri cuma perlu menumpukan peperiksaan UPSR  sepenuhnya dalam waktu terdekat” katanya.

Ketua cabang PKR Kota Marudu Donol Sazali turut memberikan suntikan Dan harapan tinggi kepada calon UPSR SK Lotong agar tahun ini tahun kemenjadian murid.

Sebelum itu  Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Marudu Donol Sazalye Abdullah berkata, dengan bimbingan khas empat  orang guru  Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Bahasa Malaysia  diharap tidak dipersiakan, UPSR merupakan titik penting bagi ibubapa  telah memainkan peranan  penting  melahirkan dan membina  masa hadapan  pelajar, justeru itu   anak didik   haruslah membalasnya dengan  meraih  keputusan  cemerlang”. katanya.

Datuk Matius dan Tuan Donol   tertarik dan melawat sekolah tersebut setelah tular dilaman sosial ‘ sekolah terpencil lahirkan pemain bola jarring di peringkat kebangsaan’ baru-baru ini   dan mendermakan  bahan makanan ringan, beras ,biskut, milo  kepada para pelajar yang berkampung bermula dari 5 Ogos hingga 12 September ini di asrama sekolah tersebut.

Sementara itu  Guru Besar SK Lotong   James Umbagat   berkata,  pada tahun ini  seramai 18 orang     calon peperiksaan UPSR tinggal di asrama dan dibimbing empat orang guru, dengan  moto ‘One Team One Dream’  percaya peningkatan kelulusan peperiksaan  pada tahun ini akan meningkat .

Pelajar perampuan sedang mengkaji semula Pelajaran sambil mendapat bimbingan guru, `kapung malam’ sebahagian 18 calon  UPSR SK Lotong

“Persiapan kami  bagi menghadapi  ujian UPSR   tahun ini di selaraskan Cikgu Alex Anain dibantu Cikgu  Masyna guru Bahasa Inggeris, Cikgu Sijah Ajis guru mata pelajaran  Sains, Cikgu Rickmon Usop guru Matematik dan Cikgu Henry Lukin guru Bahasa Malaysia  walau bergantung penuh kepada  guru-guru  yang   amat komited  meraih   pencapaian terbaik” katanya.

Sebelum itu   soalan kertas peperiksaan percubaan  Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains  oleh para pelajar   sekolah rendah   dan bengkel menjawab kertas ujian  bagi penulisan dan pemahaman  disusuli latihan menjawab kertas peperiksaan  yang dilaksanakan  ternyata amat berkesan.

James  yang  optimis     dengan  program  tahun ini  lebih tersusun dan mendapat suntikan semangat dari para pemimpin Rungus    pelajar  diharap dapat mencatat  80 peratus kelulusan, sebelum itu   ujian percubaan mencatat  63 peratus kelulusan  dalam ujian  percubaan akhir.

“Rekod  menunjukkan  keputusan UPSR  telah mencatat  menurun    iaitu  46.7 peratus  UPSR   pada  tahun lalu,  itulah sebabnya  kami  mengadakan program  seumpama itu iaitu  ‘berkampung dan kepung malam’ sebagai pacutan akhir  untuk anak didiknya”, katanya.

Sementara itu beberap pelajar ditemui amat gembira serta terjua dengan lawatan kedua dua (Datuk Matius dan Sazaly ) mereka  sambil mendapat  sumbangan berupa makanan serta  motivasi daripada para pemimpin yang disegani.

Adik Fifienny Jimle 12’  optimis akan meraih 6A, disamping berdoa memohon  diberkati Tuhan  berharap    ujian ramalan pada percubaan serta keupayaan  berfikir  ketika  menjawab soalan disaat akhir tidak terganggu pada peperiksaan nanti.

Bagi adik Brenda Marcell 12’ yang bercita cita sebagai  pensyarah bila besar kelak  berharap  target 5A dapat dicapai, atas berkat guru guru yang berhampas pulas memberikan bimbingan siang dan malam tidak mensia siakanpengorbanan mereka.

“Kami semua diberikan latihan setiap malam dalam ‘ program kapun  malam’ iaitu selepas makan petang kami didedahkan soalan soalan beberapa tahun lalu disamping teknik teknik menjawab dan memahami  setiap kertas soalan yang bakal kami  hadapi  pada ujian sebenar ” kata Brenda.