SUKAN   TARIK TALI  PASUKAN SABAH  RAIH DUA PINGAT.

SUKAN TARIK:  Tarik tali Sabah mengaum Di kota Singa..

By: Aissac bjsim (BS)

KOTA KINABALU, Hari ini: Kejayaan  pasukan tarik tali Sabah  berjaya  meraih dua pingat dalam kejohanan  Tarik Tali  terbuka Indoor Singapura berlangsung dua hari di  Republic Polytechinc  Woodland  pada  3-4 Ogos lalu   mencipta  satu lagi sejarah  tersendiri .

Presiden  Persatuan  Tarik Tali  Negeri (SATWA) Androd Sadian berkata,  pasukan remaja  tersebut bersaing   bawah 23 tahun pada  berat badan 600 kilogram  yang berlangsung pada sebelah pagi, pasukannya terpaksa tunduk dengan pasukan dari Negara Taiwan 2-1 dalam   saingan  separuh akhir   untuk  berhadapan dalam pasukan tuan rumah Singapura, sebelum mencatat  kemenangan 2-0  pada perlawanan penentuan tempat ketiga bagi meraih pingat gangsa pertama.

Pasukan Sabah turut menyerlah pada saingan terbuka Lelaki  pada gabungan  berat badan yang sama yang berlangsung disebelah petang.

Mara ke separuh akhir, pasukan   SATWA  yang berhadapan  dengan  pasukan   juara dunia Taiwan sebelum itu  beraksi cemerlang  dengan mencatat  keputusan seri 1-1, tetapi  pasukan Taiwan  mencatat kelebihan  menerusi  kiraan berat badan  yang  lebih ringan   untuk  mara ke perlawanan akhir  penentuan juara.

Menurut Androd yang juga ketua kontijen  pasukan ,  dalam perlawanan penentu tempat ketiga, pasukan negeri di bawah bayu diberi laluan  oleh pasukan senior Singapura untuk membawa pulang  satu lagi pingat gangsa menjadikan  pasukan tersebut meraih dua pingat  keseluruhan.

“Penyertaan pasukan  kita di luar negara  merupakan  yang ke dua selepas  Pasukan  tersebut menyertai  kejohanan yang sama di China pada tahun lalu dan  penyertaan ke luar negara  mampu menimba banyak pengalaman berguna pada pasukan kita .” katanya.

Menurut  Androd  pasukan  SATWA   mendapat  pencapaian  terbaik   merupakan juara  sukan Borneo 2013, Juara kebangsaan lelaki  senior  2015,  Juara  kebangsaan lelaki senior   2017 dan  juara kebangsaan remaja  U21  pada tahun lalu dan pernah mewakili  Malaysia pada tahun lalu di kejohanan Indoor game  dunia di  Xuzhou  China  juga pada tahun lalu.

Katanya,   pasukan SATWA diwakili   skuad dibawa U23  bakal menyertai   Indoor  paling  dekat  pasukan  tesebut akan menyertai kejohanan  U18 di Kuala Lumpur iaitu pada 27-31 Ogos ini iaitu sempena sambutan hari Kebangsaan 2019”.