KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) setakat ini tidak mengeluarkan sebarang ancaman tsunami di negara ini berikutan gempa bumi kuat di bermagnitud 7.3 skala Richter yang berlaku di Taiwan pada jam 7.58 pagi tadi.
Gempa bumi itu dikesan berpusat di 23.7 darjah utara dan 122.0 darjah timur dengan kedalaman 47 kilometer, kira-kira 130 kilometer ke arah tenggara Taichung, Taiwan.

Negara berkenaan turut mengeluarkan amaran tsunami, disusuli Jepun yang mengarahkan penduduk selatan negara itu menjauhi pantai selain menutup Lapangan Terbang Naha di Okinawa, pagi tadi.
Filipina turut mengeluarkan amaran tsunami dan menjangkakan ombak besar akibat gempa bumi itu sekali gus mengarahkan penduduk menjauhi pantai.
Setakat ini, beberapa gempa bumi susulan yang berskala sederhana, turut dilaporkan berlaku selepas gempa utama pagi tadi.
Gempa bumi di negara itu menyebabkan banyak kerosakan harta benda, termasuk beberapa bangunan dilaporkan runtuh. –Info X
More Stories
Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 30 Mac
PGA rampas barang seludup RM2.4 juta
Sandakan, Beluran, Pitas disytihar banjir