[ad_1]
Genting Malaysia ialah syarikat yang menjalankan perniagaan berkaitan perjudian, perhotelan dan resort.
Pada 11.37 pagi, harga sahamnya diniagakan pada RM3.26, naik sembilan sen dengan sejumlah 2,258,200 bertukar tangan.
Syarikat lain yang berkaitan, Genting Bhd naik 16 sen kepada RM6.86 manakala Genting Plantation tidak berubah pada RM10.50.
Tommy berkata harga tersebut merupakan tawaran terbaik yang diterima sepanjang lima bulan sejak Equanimity mula dijual Oktober tahun lepas.
Banyak tawaran yang diterima dalam tempoh ini, dan beberapa tawaran melebihi US$100 juta, katanya.
“Bagaimanapun Genting menawarkan harga tertinggi, dan hari ini ia diluluskan mahkamah untuk penerimaan. Memadangkan tawaran Genting dirundingkan secara terus dengan kerajaan Malaysia, tiada sebarang komisen agensi dibayar; menghasilkan penjimatan kira-kira US$4.4 juta, ” katanya.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar