SANDAKAN: Bekas Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Asisten Komisioner George Abd Rakman, dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sandakan yang baharu.
Beliau menggantikan Asisten Komisioner Ahsmon Bajah yang berpindah ke IPK Sabah.
Majlis Serah Terima Tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, hari ini, dan disaksikan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.
George ketika berucap melahirkan rasa teruja kembali berkhidmat di daerah ini selepas kali terakhir bertugas di sini pada tahun 2010.
Katanya, beliau berharap semua anggota dapat memberi kerjasama penuh serta terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
“Saya mahu kita berfungsi sebagai satu pasukan yang kuat, sentiasa terbuka dan bersedia menerima sebarang inovasi baharu, selain mengekalkan integriti sebagai anggota polis.
“Ini bukan saja penting untuk menjaga nama baik pasukan, tetapi juga demi kesejahteraan dan kemajuan daerah Sandakan,” katanya.
George turut berikrar untuk terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat di daerah ini sepanjang memegang jawatan berkenaan. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ