[ad_1]
KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) — Beregu badminton campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai meneruskan rentak cemerlang mereka apabila berjaya melangkah ke suku akhir kejohanan badminton All England 2019 di Arena Birmingham pada Khamis (awal pagi Jumaat waktu Malaysia).
Goh-Shevon mempamerkan semangat juang tinggi meranapkan peluang beregu pilihan ketujuh kejohanan Marcus Ellis-Lauren Smith dari England dengan straight set 21-15, 26-24, menurut laman web kejohanan https://bwfworldtour.bwfbadminton.com.
Pertarungan yang berlangsung lebih 40 minit itu menyaksikan Goh-Shevon berjaya menutup ruang pencabarnya yang berusaha membawa perlawanan tersebut ke rubber set.
Menanti Goh-Shevon selepas ini lebih sukar kerana pasangan itu akan membuat perhitungan dengan beregu pilihan kedua Wang Yilyu-Huang Dongping dari China.
Naib juara kejohanan badminton dunia 2018 itu mudah mengenepikan Chang Tak Ching-Ng Wing Yung dari Hong Kong, 21-17, 21-11.
Terdahulu, beregu lelaki profesional, Goh V shem-Tan Wee Kiong lebih awal menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan beregu Jepun, Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe 21-18, 21-19.
Dalam pada itu nasib tidak menyebelahi pemain perseorangan lelaki profesional negara, Liew Daren apabila mudah ditewaskan oleh pemain pilihan kedua kejohanan, Shi Yuqi dari China, 8-21, 10-21.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar