PETALING JAYA: V Sivakumar hormat keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggugurkannya sebagai menteri sumber manusia dalam rombakan Jemaah Menteri.
“Saya hormat (keputusan) PM (perdana menteri). Saya sudah melakukan yang terbaik.
“(Saya) ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan Kementerian Sumber Manusia atas kerjasama yang sangat baik dengan saya,”
Ahli Parlimen Batu Gajah itu merupakan satu-satunya menteri digugurkan Anwar.
Mengambil alih portfolionya, ialah bekas timbalan menteri kewangan II, Steven Sim.
Tempoh pentadbiran Sivakumar tercalar selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait pengambilan pekerja asing, yang membawa kepada penahanan tiga pembantunya, yang selepas itu dibebaskan.
Sivakumar kemudian memecat semua pembantunya itu selepas siasatan.
Ketika dilaporkan memberi keterangan kepada pihak berkuasa, Sivakumar bukan sebagai saksi mahupun suspek.

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu