Hajiji Rasmi Kempen Derma Darah Sabtu ini di Tamparuli

Hajiji Bin Haji Noor

TAMPARULI: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman dan juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor akan merasmikan kempen derma darah Sabtu ini (8 Jun 2019) bertempat di kelab Dart TKM di belakang TJ Restaurant Cafe Telibong bermula jam 9:00 pagi hingga 1:00 petang.

Presiden Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah) Alix Sunggin berkata, kempen adalah anjuran Kelab Dart TKM Tamparuli, Pendarah dan akan dibantu oleh Jabatan Transfusi Darah Hospital Tuaran.

“Penganjur juga telah menyediakaan pelbagai Goodies sebagai penghargaan kepada penderma. Datanglah untuk menderma darah. Sama-sama kita menunaikan tanggungjawab sosial kepada yang memerlukan,”kata Alix”

Sementera itu Pengerusi TKM Tamparuli Chin Thien Pau berkata kempen kali ini adalah yang Keenam (6) sejak tahun 2017.

“Saya juga menyeru kepada orang ramai terutama disekitar Tamparuli, Tuaran dan Kiulu supaya hadir menderma darah kerana hospital-hospital sekarang kekurangan bekalan darah sebab itu kami menyahut seruan pihak Hospital Tuaran agar terus mengadakan kempen derma darah” kata Chin