KOTA KINABALU: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, memaklumkan bahawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, tidak terlibat dalam sebarang video yang tular berhubung dakwaan rasuah berkaitan isu pelesenan lombong mineral yang membabitkan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.
Azam berkata pihak SPRM telah mengambil kenyataan daripada Hajiji dua kali dalam proses siasatan berhubung dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa pihaknya tidak berhasrat untuk melindungi mana-mana pihak.
“Kita telah mengambil kenyataan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Hajiji Noor. Dalam siasatan ini, kita bertindak secara telus. Saya ingin tegaskan, Ketua Menteri Sabah telah memberikan kerjasama penuh dan saya yakin beliau tidak terlibat dalam sebarang video yang dikaitkan dengan kes ini,” jelasnya pada sidang media di sini, hari ini.
Azam turut memaklumkan bahawa siasatan SPRM berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan lapan ADUN Sabah kini sedang berjalan. –SABAH MEDIA

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ