Bagaimanapun, Exco Kesihatan Sabah Datuk James Ratib berkata, masih terdapat stok ubat yang disimpan di stor farmasi harian yang digunakan setiap hari.
“Hari ini (semalam) kita melawat Hospital Papar bersama-sama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang Datuk Ghulam untuk melihat kejadian kebakaran di sini.
“Kita lihat kebakaran ni hanya melibatkan stor penyimpanan stok ubat yang dianggarkan hampir RM1 juta nilai stok ubat untuk hospital ini.
“Bagaimanapun, untuk ubat-ubatan harian, kita ada stok daripada stor harian yang mereka gunakan,” katanya ketika ditemui selepas meninjau keadaan kebakaran di Hospital Papar di sini semalam.
Hadir sama Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Asits Sanna dan Pengarah Hospital Papar, Dr Samsul Tuah.
James yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat berkata, pihaknya juga menyarankan untuk orang ramai yang mengalami kekurangan bekalan ubat untuk datang ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1.
“Saya menyarankan kepada mereka sekiranya mereka kekurangan ubat, mereka boleh minta dengan HQE atau pinjam ubat daripada HQE 1 untuk menampung keperluan ubat yang kritikal di kawasan ini khususnya di hospital Papar,” katanya. – SABAH MEDIA
More Stories
Pembinaan semula jambatan Pekan Tuaran – Sg Damit disenaraikan dalam RP5 RMKe-12 dengan kos RM30 juta: Kementerian Ekonomi
‘DUN Sabah bubar Ogos 2025’
Jelajah UPKO Gelombang Pantai Timur Cawangan Baharu Kg Sg Beruang Libaran dibentuk, perjuangkan hak rakyat di akar umbi