KOTA KINABALU, SABAH – Jawatankuasa khas Hari Sabah 2024 tekad menjadikan sambutan yang julung kali diadakan bermula 24 Ogos (Sabtu) sehingga kemuncaknya pada 31 Ogos semeriah mungkin.
Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) Leonard Stephen berkata mereka akan menggunakan peruntukan besar oleh kerajaan dengan sepenuhnya.
Menteri MAFFI Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan merupakan pengerusi jawatankuasa kementerian bagi sambutan Hari Sabah manakala Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun ialah bagi sambutan Hari Kebangsaan.
Kedua-dua sambutan itu akan dirayakan serentak buat julung kalinya pada tahun ini.
“Mulai 24 Ogos konsert Gempak Merdeka Kihoi yang menampilkan aksi tempatan dan semenanjung yang akan menjelajah negeri ini.
“Larian Hari Sabah melibatkan 3000 peserta yang akan bermula dari empat penjuru negeri iaitu Kalabakan, Labuan, Sandakan dan Kudat untuk berkumpul di Padang Merdeka di Kota Kinabalu semasa kemuncak acara itu.
“Kita masih mempunyai banyak idea yang mencurah-curah seperti debat bertemakan kemerdekaan atau Sabah Got Talent. Namun, apa yang penting ialah mendidik rakyat kita, terutamanya belia, tentang sejarah kita.
“Kami juga merancang untuk menyediakan pameran di pusat membeli-belah popular dengan kerjasama Jabatan Arkib, Muzium Negeri dan persatuan berkaitan.
“Ramai mungkin tidak tahu tentang pejuang kemerdekaan kita seperti Syarif Osman, Gombunan, Ontorus, Menteri Babu, Syahbandar, Pak Musa, Albert Kwok dan sudah tentu Tun Mustapha, Tun Fuad Stephens, Datuk Peter Lo.
“Kami menggunakan platform ini untuk mendidik orang ramai tentang pemimpin ini yang menjadi watak utama dalam menghapuskan penjajahan dan mencapai kemerdekaan Sabah,” katanya pada sidang media pada Khamis.
Beliau berkata penjawat awam, pelajar pengajian tinggi dan sekolah menengah juga akan mengisi Dewan Menara Kinabalu untuk mendengar syarahan oleh pakar dicadangkan seepri sejarawan Sabah Prof Dr Danny Wong dan Prof Dr Bilcher Bala dari UMS.
Leonard berkata mereka berazam untuk menyahut cabaran Masidi untuk memberikannya “oomph” dan bukan sesuatu yang dilakukan separuh jalan (alang-alang).
“Simbolik perasmian adalah yang paling mudah iaitu pengibaran bendera Sabah di hadapan 15,000 orang yang dijangka hadir.
“Sama pentingnya ialah apabila kita mengingati Sabah, kita juga menunjukkan rasa cinta dan syukur kerana menjadi sebahagian daripada Malaysia,” katanya.-SABAH NEWS
More Stories
Remaja ditemui tergantung di tiang besi
DBKK sita barangan penjaja, gagal kemuka lesen sah
Guna dokumen palsu kemuka tuntutan, pengarah operasi institut latihan didenda RM60,000