TAWAU: Polis menahan tiga lelaki warga tempatan termasuk seorang warga emas serta merampas 0.69 gram dadah jenis syabu dalam serbuan Ops Tapis di sekitar bandar Tawau, semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, Ops Tapis yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau tertumpu di sekitar kawasan bandar Tawau.
Jelasnya, tangkapan pertama yang dilakukan kira-kira jam 12.10 tengah hari selepas polis menahan seorang lelaki di sekitar kawasan kampung Sentosa, Hill Top Tawau.
“Semasa pemeriksaan dan siasatan awal, suspek warga tempatan berusia 40 tahun dengan sendiri menyerahkan satu peket plastik lutsinar berisi syabu dengan anggaran berat 0.09 gram.
“Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai empat rekod berkaitan dadah dan suspek juga didapati positif dadah jenis methapethamine dan amphetamine.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya di sini, hari ini.
Dalam serbuan kedua, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun dalam keadaan mencurigakan di sekitar kawasan kampung Kongsi 8, Tawau kira-kira jam 12.30 tengahari.
Katanya, pemeriksaan terhadap suspek, Polis menemui satu peket plastik lutsinar berisi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 0.31 gram.
Sementara itu, ujian air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis methapethamine dan amphetamine.
Siasatan dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam serbuan ketiga, polis berjaya menahan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun dalam keadaan mencurigakan di sekitar kawasan parkir di Bandar Tawau pada jam 12.30 tengahari.
Menurutnya, pemeriksaan ke atas suspek menemui satu peket plastik lutsinar mengandungi syabu seberat 0.29 gram di dalam beg silang yang di bawanya.
Katanya, suspek didapati positif dadah jenis methapethamine dan amphetamine selepas ujian air kencing dilakukan dan siasatan kes di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Justeru katanya, Polis Daerah Tawau akan terus menjalankan penguatkuasaan undang-undang bagi membanteras jenayah dadah di daerah ini, sekali gus melumpuhkan serta mengambil tindakan tegas terhadap sindiket pengedaran serta penagih dadah.-SABAH NEWS
More Stories
Wanita Dakwa Ditukar Agama Kepada Islam Tanpa Izin, Sindiket Libatkan Ahli Keluarga Dalam Politik?
Polis Tawau rampas dadah jenis syabu 2.43kg bernilai RM87,000
‘Berubahlah, makin tua sudah’ – nasihat hakim kepada pesalah tegar dadah