KOTA KINABALU: Mantan Peguam Besar Negeri Sabah, Tan Sri Herman Luping Meninggal Dunia, kelmarin.
Mendiang juga merupakan bekas peguam dan ahli politik Sabah.
Beliau pernah menerbitkan beberapa buku termasuk ‘Sabah’s Dilemma’ iaitu buku mengenai sejarah perkembangan politik di Sabah sejak zaman kolonial sehingga kini.
Mendiang juga pernah menulis buku yang memberitahu rakyat Sabah tentang kisah dan lagenda suku kaum Kadazan melalui buku ‘Kadazan Tales & Legends of Penampang District’ serta ‘Pangazou’, kisah yang diadaptasi menjadi filem.
Ahli Parlimen Tuaran dalam satu hantaran di facebooknya hari ini turut mengucapkan takziah kepada waris dan keluarga mendiang.
“Sabah telah kehilangan seorang pemimpin yang baik dan dihormati. Bersemadilah dengan aman,” katanya.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ