Kota Kinabalu : Hujan berterusan dijangka akan berlaku beberapa kawasan Pantai Barat Sabah selama dua hari bermula Khamis ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kemaskini di Facebook memaklumkan, selain Sabah, situasi sama juga dijangka akan berlaku di beberapa kawasan di Sarawak dan Semenanjung.
“Bagi negeri Sabah, hujan berterusan dijangka berlaku di Pantai Barat meliputi Ranau dan Kota Belud; Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat bermula Khamis ini selama dua hari,” menurut kenyataan itu di sini.
Dalam pada itu, Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Johor (Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) dalam tempoh tiga hari bermula Jumaat ini.
Manakala di Sarawak, hujan berterusan dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu dalam tiga hari bermula Khamis. – SABAH MEDIA

More Stories
Isu ‘Pusingan P’ di Jalan Kinarut Dibawa ke Peringkat Nasional
UPKO Tuaran Hormati Keputusan Fairuz Bandar, Ucapkan Selamat Maju Jaya
596 calon tanding PRN Sabah, bakal rebut 73 kerusi DUN