Hukuman mati mandatori bagi 11 jenis kesalahan bakal dimansuhkan

[ad_1]

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) — Hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan jenayah akan dimansuh dan digantikan dengan hukuman mati berdasarkan budi bicara mahkamah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin memberitahu Dewan Rakyat hari ini.

Ini melibatkan sembilan jenis kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan dua lagi di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, katanya.

“Kita telah buat keputusan, kerajaan hanya menghapuskan hukuman mati mandatori sahaja, maknanya kita akan buat pindaan. Itu adalah seperti janji ke 27 dalam manifesto Pakatan Harapan,” katanya menjawab soalan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) semasa sesi soal jawab.
…..



[ad_2]