HWGG Capital terokai pasaran filipina melalui perkongsian baharu

[ad_1]

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) — HWGG Capital PLC dari Labuan telah bekerjasama dengan Virtual Currency Philippines Inc (VCPI) untuk memberikan rakyat Filipina alternatif pemindahan aset yang lebih selamat dan selesa.

Pembekal penyelesaian pembayaran itu dalam satu kenyataan berkata kerjasama itu akan meningkatkan lagi fungsi aset blockchain syarikat itu yang baru dilancarkan, HWG Cash, bagi mengandungi perkhidmatan pemindahan wang antarabangsa dan layanan kepada pelanggan yang tidak mempunyai akaun bank seperti tenaga kerja asing.

Ketua Pegawai Eksekutif HWGG Capital Gavin Lim berkata pekerja-pekerja Filipina yang mencari rezeki di sekitar rantau Asia telah memindahkan lebih daripada US$5.9 bilion kepada keluarga mereka di Filipina pada tahun lepas dan angka itu sentiasa meningkat secara tahunan.

“HWGG Capital sekarang boleh meneroka kemudahan VCH Exchange (VCHEX), platform pertukaran aset digital berlesen yang dikendalikan oleh VCPI, serta mengambil kesempatan melalui kehadiran VCPI dalam pasaran Filipina.

“Ini akan membolehkan ekspatriat dan tenaga kerja Filipina dari seluruh dunia untuk memindahkan wang kepada keluarga mereka secara serta-merta dengan yuran transaksi yang lebih murah,” katanya.

HWG Cash akan disenaraikan pada platform VCHEX bagi memudahkan pengguna di Filipina untuk membeli dan menebus HWG Cash dalam bentuk Bitcoin atau mata wang tempatan.

HWG Cash adalah token tunai terawal Asia yang ditambat dengan dolar US.

HWGG Capital adalah anggota Ho Wah Genting Group of Companies tetapi bukan sebagai sebuah subsidiari atau syarikat bersekutu Ho Wah Genting Bhd yang disenaraikan pada Bursa Malaysia.

— BERNAMA

[ad_2]