INANAM HARUS DIKUNJUNGI PELANCONG

Oleh Willie Jude
1 Februari 2020

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew berkata, Inanam memiliki segalanya untuk menjadi antara lokasi yang harus dikunjungi oleh pelancong.

“Inanam adalah salah satu kawasan yang popular dari segi pelancongan kerana di sini ada banyak tarikan seperti Air Terjun Kionsom, Kampung Budaya Mari-Mari dan juga Kobuni Homestay Facility,” katanya ketika berucap sempena sambutan Tahun Baru Cina di Pekan Inanam Baru, semalam.

Christina yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, beliau juga tertarik dengan pusat eko-pelancongan baharu di Kampung Kolonsunan (kawasan Kokol).

“Di sana kaya denhan flora dan fauna dan ia menjadikan kawasan itu sebagai aset eko-pelancongan,” katanya.

Terdahulu, sambutan Tahun Baru Cina itu dihoskan oleh Pembantu Menteri Kewangan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam.

Turut hadir Pembantu Menteri Perdagangan dan Industri yang juga Adun Karambunai, Azhar Matussin, Adun Likas, Tan Lee Fatt, Adun Dilantik, Ronnie Loh serta Kapitan Cina, Leslie Chin.