Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam mengeluarkan notis nasihat Taufan Goni yang berada di kedudukan kiira-kira 668 kilometer (km) ke Tenggara Luzon, Filipina.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan Taufan Goni itu sedang bergerak ke arah barat daya dengan kelajuan 25 km sejam (km/j) dan boleh mencapai kelajuan maksimum 213 km/j.
Kenyataan itu turut menyebut jarak taufan dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,368 km ke Timur Laut Sandakan, Malaysia, namun tiada kesan signifikan terhadap Malaysia.
Dalam perkembangan lain MetMalaysia juga mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Sabah, sehingga esok (2 Nov).

Keadaan itu diramal melanda kawasan pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, Kudat dan Labuan.
“Hujan lebat dijangka berlaku di Sabah iaitu di pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat serta Labuan sehingga Isnin, 2 Nov,” menurut kenyataan itu.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ