SANDAKAN: Lima lelaki tempatan ditahan di dua daerah kerana bukan saja keluar memburu ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah memiliki haiwan dilindungi tanpa kebenaran yang sah.
Dalam kes di Tongod, dua lelaki berusia 30 hingga 36 tahun ditahan bersama seekor bangkai rusa, semalam.
Tiga lagi lelaki yang berusia 29 hingga 49 tahun ditahan hari ini di jalan Sungai Imam, Tawau.
Turut dirampas daripada tiga lelaki itu adalah lima bangkai rusa yang sudah dipotong.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga, berkata tangkapan dibuat hasil rondaan dan sekatan jalan yang dilakukan JHL bersama agensi penguatkuasa dan Warden Kehormat Hidupan Liar.
Katanya, tiada permit memburu dikeluarkan oleh JHL ketika tempoh PKP dan pihaknya sentiasa
memantau serta membuat operasi penguatkuasaan biarpun dalam tempoh PKP.
“Kita nasihatkan orang awam untuk tidak keluar memburu.
“Kita juga ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam operasi penguatkuasaan, sekali gus membawa kepada penahanan suspek,” katanya.
Augustine berkata, kedua-dua kes akan disiasat mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 kerana memiliki haiwan yang dilindungi tanpa kebenaran yang sah./BERITA SABAH

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK