Ini hari ada 6,824 kes Covid-19 dan 67 mati

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 6,824 kes baharu Covid-19 dan 67 kematian, manakala 5,251 pesakit pulih.

Ini menjadikan keseluruhan 490,038 daripada 572,357 pesakit Covid-19 sembuh setakat ini, manakala 2,796 orang meninggal dunia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 79,523 kes aktif, dengan 422 daripada 851 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 2,111 kes.

Kelantan melaporkan 695 kes, diikuti Sarawak (654), Johor (489), Kedah (464), Kuala Lumpur (387), Melaka (352), Pulau Pinang (328), Perak (255), Negeri Sembilan (253), Pahang (219), Sabah (207), Terengganu (204), Labuan (166), Putrajaya (28), dan Perlis (12).

Daripada jumlah kes baharu itu, tiga ialah kes import dan 6,821 penularan tempatan iaitu 6,239 membabitkan warganegara dan 582 warga asing.

Noor Hisham berkata, daripada 67 kematian berusia antara 39 hingga 94 tahun, tiga membabitkan bukan warganegara.

Katanya, 59 daripadanya mempunyai latar belakang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, strok, jantung dan buah pinggang kronik.

Lapan daripadanya hanya dikesan positif Covid-19 selepas mayat mereka dibawa ke hospital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *