[ad_1]
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) – Seramai 189 dari 976 wanita berjaya hamil selepas menjalani rawatan Persenyawaan In Vitro (IVF) di hospital kerajaan pada tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata mereka mendapatkan rawatan IVF di empat buah hospital pada 2018 iaitu di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah (262 orang); Hospital Kuala Lumpur (339 orang), Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Sabah (224 orang) dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu (151 orang).
“Kos rawatan bagi satu kitaran IVF adalah sekitar RM4,500 ke RM5,000, tidak termasuk ubat-ubatan kerana ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
–BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu