Raisin ketika menyampaikan ucapan pada majlis itu.
LABUAN – Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Pesekutuan (W.P) Labuan, Raisin Saidin optimis Jabatan Pendidikan W.P Labuan mampu membantu meningkatkan Industri Pelancongan di Labuan melalui menjadi tuan rumah kepada bengkel-bengkel, seminar mahupun persidangan antarabangsa dalam bidang pendidikan.
Justeru dengan kehadiran para peserta dari dalam dan luar negeri mampu membantu mengalakkan lagi sector pelancongan di Pulau Bebas Cukai tersebut dan secara tidak langsung memperkenalkan Labuan kepada masyarakat luar dan dalam Malaysia.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Menyambut Peserta-Peserta Bengkel Kerja “Leadership Development Programme” di salah sebuah retoren terkemuka di sini, malam tadi.
Bengkel yang diadakan di Apartmen Beta Hotel, Bangunan Ujana Kewangan Labuan mulai 19 hingga 21 September ini telah mengundang para peserta dari Sabah, Sarawak serta Labuan sebagai tuan rumah.
Raisin berharap agar para peserta bengkel dapat memanfaatkan segala ilmu dan pendapat melalui bengkel tersebut dan pada masa yang sama para peserta dapat mempromosikan lagi keindahan Labuan kepada rakan-rakan yang lain apabila pulang ke negeri masing-masing.
“Sesungguhnya Labuan berpotensi untuk diadakan pelbagai bengkel mahupun seminar disebabkan kedudukannya sebuah pulau yang kemudahan logistik dan kemudahan pengangkutan adalah mudah disamping banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati”, tambah Raisin lagi.
Turut hadir pada makan malam tersebut, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Labuan, Awang Marten Abdul Rahman serta Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Hasbullah Amit. -Penerangan Labuan

More Stories
Cuaca Sejuk dan Berangin Tidak Halang Sekumpulan Pendaki Tawan Gunung Kinabalu
RM71.3 bilion pendapatan dalam sektor pelancongan pada tahun 2023
Pelancongan luar bandar dijangka terus melonjak tahun hadapan