[ad_1]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata penubuhan unit itu dibuat berikutan berlakunya kes-kes menghina Nabi Muhammad SAW dan perbuatan mempersendakan agama Islam sejak kebelakangan ini.
Menurutnya, unit itu juga diminta untuk menerima sebarang aduan dan seterusnya membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekiranya mendapati terdapat kelakuan bersifat menghina atau provokasi.
“Saya berharap kita semua dapat berganding bahu bagi menjaga dan mengekalkan keharmonian negara kita. Saya percaya, pihak berkuasa telah melakukan tindakan sewajarnya untuk menangani isu ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan, boleh membuat aduan menerusi WhatsApp ke talian hotline 010 – 300 52 60 atau emel ke aduan@islam.gov.my
Sementara itu, Mujahid berkata sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, beliau sama sekali tidak akan berkompromi dengan perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam.
“Negara kita mempunyai undang-undang. Pihak yang bersalah mesti dijatuhkan hukuman yang setimpal,” katanya.
— BERNAMA
.
…..
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar