Oleh Aissac Bjsim
LABUAN: Seorang penduduk Labuan Dato Sri Alias Haji Rahman berkata, (Gambar) jambatan yang bakal dibina menghubung Labuan dengan Menumbok di Sabah akan dapat membawa banyak faedah kepada para peniaga mahupun usahawan dari kedua-dua wilayah kerana ianya merupakan satu keperluan rakyat.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh BS sempena sambutan Hari Malaysia. “Disamping faedah yang banyak kepada para peniaga dan usahawan, perkembangan jaringan perniagaan juga akan dipermudahkan pada bila-bila masa,” katanya.

“Saya harap perkara ini bukanlah suatu yang mustahil untuk dilaksanakan oleh kerajaan sekarang memandangkan jambatan seumpama itu telahpun dibina merintasi laut oleh kerajaan lalu di Pulau Pinang dimana jambatan dibina lebih panjang jika dibandingkan diantara Labuan ke Menumbok cuma kira-kira 7 kilometer dan merupakan satu lagi lambang sejarah bagi Malaysia Timur jika ianya dapat dilaksanakan,” tambahnya
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad yang dipetik BERNAMA berkata kemungkinan jika semua berjalan lancer, jambatan itu boleh ditawarkan kepada pemaju pada penghujung 2020. Beliau membuat pengumuman itu semasa melancarkan Inflight Media Advertisement Space AirAsia di Lapangan Terbang Labuan pada 6 September lalu.
Alias seterusnya berkata bahawa cadangan ini pastinya disambut dengan penuh harapan oleh penduduk Labuan khasnya kerana ia bukan sahaja memenuhi keperluan para pengguna harian diantara kedua-dua tempat tetapi ia juga merupakan laluan perhubungan yang akan dapat meningkatkan pembangunan sosial dan ekonomi diantara pulau dan juga bagi seluruh Pulau Borneo.
Menurutnya lagi, walaupun hubungan diantara rakyat di kedua-dua wilayah telah terpisah melalui pentadbiran kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, namun pada dasarnya hubungan masyarakat diantara dua wilayah ini tidak pernah putus.

“Jika terlaksana nanti projek berkenaan, ianya bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh penduduk Labuan dan Sabah malah ia juga akan turut dinikmati oleh masyarakat di negeri Sarawak, Negara jiran Brunei dan juga wilayah Kalimantan,” Katanya
Alias merupakan seorang ahli perniagaan dan pemilik syarikat Labuan Liberty Ports Management Sdn. Bhd., menyuarakan hasrat agar cadangan membina jambatan ini akan menjadi kenyataan.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ