Barisan Para Pegawai SDA Sabah Mission yang menyaksikan acara sempena Karnival Kesihatan 2019 anjuran Gereja SDA, kelihatan Presiden SDA Sabah Mission Pr. Nelson Bendah (dua dari kanan)
KOTA MARUDU: “Anak yang leka “ membawa tuah bagi pasangan suami isteri yang juga dinobatkan sebagai pelakon lelaki dan wanita terbaik sempena pertandingan lakonan gaya hidup sihat dan inovasi kesihatan peringkat negeri sempena Karnival Kesihatan 2019 anjuran Gereja SDA Sabah Mission yang diadakan Ahad lalu di Dewan Komuniti Pekan Kota Marudu.
Kumpulan dari wilayah 8 Tamparuli yang diwakili peserta Sekolah Menengah Advent Tamparuli dengan para peserta seramai 25 orang, persembahan pentas yang mengisahkan keadaan sebuah keluarga yang ditinggalkan suami kerana mengalami kemalangan semasa mabuk, si anak perempuan yan dilakonkan oleh Marry Ann Esly yang menjadi watak utama menyaksikan lakonan yang begitu menyentuh dan telah berjaya memukau penonton.
Kumpulan itu juga dinobatkan sebagai kumpulan terbaik mengatasi lapan pasukan lain, sementara wilayah 5 dari Narinang Kota Belud yang membawa tajuk ‘Galau’ atau kacau menjadi naib johan dan tempat ketiga dari wilayah 2 yang diwakli SRA Bambangan Kota Marudu yang membawa tajuk lakonan ‘Berubahlah’ sementara ditempat keempat dari wilayah 13 Sandakan, ke-lima dari wilayah 5 Kota Belud, ke-enam dari wilayah 4 Tagaroh Kota Marudu, diikuti ditempat ke-tujuh wilayah 2 diwakili Goshen dan ditempat ke lapan wilayah 2 Pitas.
Dalam pada itu pembentangan projek promosi kesihatan sekali lagi wilayah 5 Narinang Kota Belud dinobatkan sebagai johan , naib johan pasukan wilayah 8 SMA Tamparuli dan ketiga juga wakil daripada Kiwoi, Tamparuli , manakala bintang penyampai terbaik bagi pembentangan projek promosi kesihatan disandang oleh Dr.Roy Herman dari wilayah 2 SRA Goshen.
Hadiah hadiah berupa sijil penghargaan dan wang tunai disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri N.5 Tandek Datuk Anita Baranting yang turut dihadiri Presiden SDA Mission Sabah Pr.Nelson G.Benda, Pengarah Pendidikan dan Kesihatan Uni Asia Tenggara SAUM Datuk Pr. Konis Gabu, Pengarah Jabatan Kesihatan SDA Sabah Pr.Jim Gabu, Pengerusi Penganjur Pr.Juri Rumondok, Setiausaha Eksekutif SDA Mision Sabah Pr. Jibil Simba, Mantan Pengarah Jabatan Kebajikan Sabah Mujim Durin, serta lebih 300 orang hadirin.
Acara mempromosikan kesihatan fizikal merupakan antara acara utama yang dianjurkan oleh Gereja SDA dan diadakan secara tahunan.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ