Kes harian Covid-19 meningkat kepada 4,204 kes semalam berbanding 3,213 kes sehari sebelumnya.
Sebanyak lapan kematian dilaporkan semalam, termasuk dua kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), berbanding sembilan kematian kelmarin.
Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu membabitkan 4,201 kes penularan tempatan dan 3 kes import.
Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,687,470 kes dan 35,985 kematian.
Sehingga tengah malam tadi, terdapat 44,278 kes aktif Covid-19, termasuk 56 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 36 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 96.3% atau 42,661 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 24 orang dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,537 orang atau 3.5% menerima rawatan di hospital.
Seramai 4,582 pesakit dilaporkan sudah sembuh.
Dua kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya sebanyak 7,041 dengan 19 daripadanya masih aktif.

More Stories
Saya sedih tapi redha dengan pemergian anak kedua kami: Ibu
Covid-19: Trend tempahan slot vaksinasi diteliti
Tiada bukti kukuh sokong dakwaan air berkarbonat boleh diuji positif COVID-19 – MDA