JANGKITAN COVID MASIH TINGGI, PKPD DUA KAMPUNG DI LAHAD DATU DILANJUTKAN

KOTA KINABALU: Dua perkampungan di Lahad Datu akan terus berada di bawah Pelaksanaan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD).

Kampung (Kg) itu ialah Kg Dasar Baru dan Kg Desa Bajau, Lahad Datu yang sepatutnya dijadualkan berakhir pada hari ini.

PKPD di kedua-dua lokaliti itu akan dilanjutkan selama 14 hari sehingga 29 Dis ini.

Lanjutan itu dilakukan berikutan tahap risiko semasa penularan jangkitan Covid-19 di dua lokaliti berkenaan masih tinggi.

Bilangan kes positif yang dikesan di kedua-dua lokaliti  tersebut sebanyak 238 kes positif.

Perkara itu dinyatakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun.

Pelaksanaan PKPD di kedua-dua lokaliti ini bermula pada 2 Dis membabitkan seramai 4,934 orang penduduk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *