KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, itu antara jawatan yang ditawarkan ejen kepada pemimpin politik tertentu sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP bersetuju untuk melompat parti serta menjatuhkan Parti Warisan Sabah (Warisan).
Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam sidang media, hari ini, turut mendedahkan tujun ADUN mereka telah ditawarkan jawatan sekiranya bersetuju untuk berpaling tadah.
Bagaimanapun, katanya, tiada seorang pun wakil rakyat mereka yang terpengaruh dengan tawaran berkenaan kerana berpegang teguh kepada mandat yang telah diberikan rakyat.
“Cukup-cukuplah, kami telah menjadi pembangkang sejak dulu lagi, maka tiasa masalah jika sekarang kami sekali lagi menjadi pembangkang.
“Tetapi sekarang kami adalah kerajaan negeri dan akan fokus untuk membantu rakyat, kami tidak akan mengkhianati mandat rakyat yang diberikan sejak 2018.
“Nasihat saya kepada orang di luar sana ialah jangan buang masa datang kepada kami,” katanya.
Sidang akhbar yang diadakan di Pejabat DAP Sabah itu turut disertai beberapa ADUN dan Ahli Parlimen DAP lain menggunakan aplikasi zoom kerana tidak dapat hadir di pejabat itu.
Terdahulu hari ini, dua ADUN DAP iaitu ADUN Kapayan, Jannie Lasimbang dan ADUN Elopura, Calvin Chong membuat laporan polis selepas didatangi individu yang didakwa ejen kepada pemimpin politik tertentu yang menawarkan habuan kepada mereka untuk melompat parti.
Tiga lelaki datang ke rumah Jannie di Penampang semalam manakala seorang lelaki berada di rumah Calvin pagi ini.
Dalam sidang akhbar itu, ADUN Luyang, Ginger Phoong dan ADUN Likas, Tan Lee Fatt turut mengakui mereka juga ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah oleh ejen pemimpin politik berkenaan.
Bagaimanapun kedua-duanya bertegas tidak terpedaya dengan tawaran berkenaan.
“Malah selain kami, Calvin dan Jimmy Wong (ADUN Sri Tanjong) juga ditawarkan jawatan sama, jadi ada berapa jawatan timbalan ketua menteri sebenarnya,” katanya.-http://beritasabah.com

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius