JIMMY ‘MENGAUM’ TIDAK AKAN BERPALING TADAH

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung daripada DAP, Jimmy Wong ‘mengaum’ tidak akan berpaling tadah, sebaliknya akan terus berdiri teguh di belakang Kerajaan Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan).

Terkenal dengan gelaran harimau, Jimmy berkata dia tidak akan sekali-kali menjadi ‘katak’ untuk menyertai pembangkang di Sabah.

“Saya sudah mengatakannya sebelum ini dan saya akan katakan sekali lagi. Saya adalah seekor harimau, bukan seekor katak,” katanya, hari ini.

Jimmy yang juga pembantu menteri kepada ketua menteri menafikan sekeras-kerasnya yang beliau akan melompat menyertai pembangkang dalam usaha pihak yang satu lagi untuk melumpuhkan kerajaan yang ada.

Beliau tidak menafikan mengenai khabar angin yang terbesar di pelbagai media sosial yang konon beliau akan melompat untuk menyertai kem bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

“Sudah begitu lama saya menentang geng ‘ular’ dan ‘buaya’ sejak 2008 lagi. Malah saya pernah menentang satu lawan 59 dalam dewan negeri, ketika saya seorang sahaja anggota pembangkang dari tahun 2008 hingga 2013.

“Tetapi jangan tertipu dengan DNA harimau saya,” katanya.

Beliau berkata, tindakan mengkhianati mandat diberi kepada mereka menurut Jimmy, adalah sikap terburuk yang mencemarkan semangat baik demokrasi dan amanah yang diberikan oleh rakyat.

“Kepada mereka yang mungkin memikirkan yang saya akan tunduk kepada tekanan dan akhirnya belot kepada mandat yang diberi rakyat serta mengkhianati visi kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal, maafkan saya, saya bukannya untuk dijual,” katanya.

Jimmy turut mencabar Musa yang dikatakan sedang bergerak sekarang untuk meraih sokongan yang cukup yang diperlukan untuk menggulingkan kerajaan negeri.

“Jika anda ada keberanian, temuilah kami (Warisan dan Pakatan Harapan) dalam pilihan raya akan datang dan biarlah rakyat yang memutuskan pilihan mereka,” katanya lagi.-http://beritasabah.com