Phoong (duduk tengah barisan depan) bersama Wilson, jawatankuasa penganjur dan para peserta.
Oleh: Nio James
BONGAWAN: Junior Chamber International (JCI) Tanjung Aru telah berjaya melaksanakan program kepemimpinan perdana dua tahun, A.C.E Academy pada 12 hingga 14 Julai, 2019.
Presiden 2019 JCI Tanjung Aru, Wilson Gan berkata, akademi itu telah mencapai matlamatnya untuk memupuk kewarganegaraan aktif dan pemimpin transformasi di kalangan belia, memperkasakan mereka untuk menjadi pemimpin hari ini.
Seramai 20 orang belia telah menyertai program tiga hari dan dua malam itu yang diadakan di Borneo Golf & Country Resort, Bongawan.
Majlis penutupan program itu telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Phoong Jin Zhe, selaku tetamu kehormat.
Wilson berkata, akademi itu telah dimulakan pada tahun 2017 oleh JCI Tanjung Aru dengan kerjasama JCI Luyang dan JCI Moyog.
Katanya, pada Konvensyen Nasional Tahunan JCI Malaysia 2017, akademi itu dianugerahkan sebagai Program Pembangunan Kemahiran Peribadi Tempatan Terbaik.
Katanya, kejayaan edisi pertama telah memberi motivasi kepada JCI Tanjung Aru untuk melaksanakan edisi kedua tahun ini dengan harapan untuk memperkasa dan membangunkan lebih ramai pemimpin belia di Sabah
Ketua jurulatih akademi ialah Dr. Roberto Antonio Noronha, jurulatih yang disahkan diperingkat dunia dari JCI Macao. Dia dibantu oleh jurulatih dari JCI Macao (Victor Leong) dan JCI Tanjung Aru (Jack Lee Vun Zac dan Jennee Chang).
Wilsion berkata, melalui akademi itu, peserta terlibat dalam tujuh modul kepimpinan yang direka khas dan 19 aktiviti pasukan yang meliputi pemerkasaan kepimpinan, rangka kerja Kewarganegaraan Aktif JCI, perancangan projek, pasukan dan komunikasi individu, pengerusi, dan kepimpinan transformasi.
Katanya, melalui modul itu, para belia telah diilhami dan dilengkapi dengan sikap, kemahiran, dan pengetahuan yang tepat untuk mengambil peranan kepimpinan untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Sementara itu, Phoong mengucapkan tahniah kepada JCI Tanjung Aru kerana telah menganjurkan akademi yang berkesan.
Beliau menggesa agar akademi itu diteruskan dan diperluas pada tahun-tahun mendatang untuk memperkukuh dan memberi manfaat kepada lebih ramai belia di Sabah.
Phoong berkata, kementeriannya menilai belia sebagai aset penting dalam membangun dan memajukan negeri dan negara.
Beliau mengajak belia untuk menyumbang idea dan bekerjasama dengan kementerian untuk membangunkan program kepimpinan masa depan untuk mencapai dan memberi manfaat kepada lebih ramai belia.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ