Peter: Kerja pembaikan saluran pembentungan di KK disiapkan dalam tempoh terdekat

Peter (3 dari kiri) diberi taklimat oleh Edward (kanan) tentang kerja-kerja pembaikan pembentungan di Kota Kinabalu, di stesen pam pembentungan Lagun, Likas pada Rabu.

Oleh: Nio James

KOTA KINABALU: Kerja-kerja pembaikan saluran pembetungan di sini kini sedang giat dilaksanakan, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony.

Beliau berkata, kerja-kerja pembaikan saluran itu melibatkan dua `sinkhole’, dimana kerja-kerja untuk `sinkhole one’ dijadual siap siap dalam tempoh seminggu. “Manakala `sinkhole two pula dijadual siap dalam jangka masa empat minggu.

“Sekiranya kerja-kerja ini dapat disiapkan dalam tempoh empat minggu maka kesemua saluran pembentungan ini akan dapat disalurkan ke Inanam,” katanya.

Beliau berlata demikian ketika mengadakan lawatan ke stesen pam pembentungan di Lagun, Likas dekat sini, pada Rabu.

Peter berkata, saluran paip pembentungan yang ada sekarang di Kota Kinabalu sudah berusia hampir 40 tahun, dan dengan usia yang begitu lama kemungkian apa sahaja boleh berlaku.

Justeru, beliau berkata, kementeriannya bersama kementerian dan agensi yang terlibat mengambil pendekatan untuk membuat penyelenggaraan dan pembaikan ke atas paip-paip berkenaan.

“Kementerian saya, Kementerian Pembangunan Infrastruktur (KPI) bersama-sama beberapa agensi berkaitan iaitu daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sama-sama mengambil pendekatan bagainana untuk menyelesai masalah pembentungan yang sudah berlarutan di Kota Kinabalu,” katanya.

Peter berkata, pada masa yang sama kerja-kerja untuk dosing akan dimulakan dengan segera. Begitu juga dengan kerja-kerja pembersihan lagun supaya dosing itu berada dalam kedudukan yang baik bersesuaian dengan standard yang dikehendaki oleh JAS dan Jabatan Kesihatan.

“Saya percaya dengan adanya kerjasama dan komitmen daripada semua agensi terlibat masalah ini akan dapat atasi dalam masa terdekat,” katanya.

Peter berkata, seperti yang dikatakannya sbelum ini, masaah itu sudah berlarutan disebabkan lantikan kontraktor oleh kerjaan lama tidak melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan.

“Masalah ini berlanjutan sehingga kerajaan sekarang melalui KPI terpaksa mengambil pendekatan untuk menamatkan kontrak kontraktor tersebut.

Hasil daripada penamatan itu, kita telah mengambil pendekatan dimana kontarktor baru telah diantik dengan segera untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan pembentungan,” katanya.

Lawatan itu turut disertai Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Abdu Muis Picho, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas Tan Lee Fatt,  Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Nordin Siman, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Ir Richard Jomiji, Timbalan Pengarah JKR Edward Lingkapo dan Timbalan Pengarah JPS Charles Yeo.