KIMANIS: Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Junz Wong mencabar Barisan Nasional (BN) yang menafikan Pas Residen Sabah diluluskan oleh parti itu sejak Julai 2015.
“Kita berbicara secara fakta dan saya cabar BN menafikan fakta-fakta kronologi yang dilampirkan,” katanya, semalam.
Junz memperincikan bahawa sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS) telah dibentuk sejak 3 Disember 2014.
Tambah beliau, ianya juga dibentuk selepas menerima kelulusan mesyuarat jemaah kabinet yang diketuai bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 3 Disember 2014.
“Jawatankuasa Induk dipengerusikan bersama oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah pada ketika itu, Tan Sri Musa Aman”
“Kemudian, Timbalan Ketua Menteri Sabah pada ketika itu, Tan Sri Joseph Pairin mengambil alih dan Pas Residen Sabah diluluskan pada Julai 2015,” katanya.
Junz turut mempersoalkan tidak kah tindakan BN hari ini mencerminkan keterdesakan mereka.
“BN menubuhkan sebuah jawatankuasa, BN meluluskan Pas Residen Sabah yang dicadang jawatankuasa tersebut.
“Akhirnya BN jugalah yang membuat bantahan, tidakkah ‘flip-flop’ ini menyerlah keterdesakan BN?,” katanya.
Junz turut menjelaskan bahawa hakikatnya Pas Sementara Sabah (PSS) yang dipersoal oleh pembangkang pada hari ini adalah cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
“PSS bukan cadangan Warisan dan PSS adalah pengesyoran dan cadangan RCI PTI yang ditubuh sejak tahun 2012.
“Tapi hari ini Warisan menjadi kerajaan pertama melaksanakan usaha konkrit yang dicadang oleh RCI.
“Bagaimana BN nak selesaikan masalah PTI sedangkan BN lah yang menjadi punca masalah PTI? Maka biarlah Warisan buat kerja menyelesaikan masalah PTI,” katanya.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius