KOTA KINABALU, 9 April — #Justiceforbella dan Siti Bainun sekali lagi, trending di laman Twitter hari ini, selepas tertuduh, Siti Bainun Ahd Razali masih belum dijatuhkan hukuman atas tindakan mendera seorang kanak-kanak sindrom down, sehingga kini.
Mangsa dikenali sebagai Bella berusia 13 tahun telah didera sehingga menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Menerusi satu kenyataan yang tular di laman Twitter, saksi seorang remaja yang menetap bersama tertuduh selama beberapa tahun telah melihat sendiri kejadian yang menimpa bella.

Menurut saksi, tertuduh membogelkan mangsa, mengikat kaki dan tangan lalu menyimbah air panas menggunakan cawan terhadap badan mangsa yang masih luka dan bernanah.
“Dia (tertuduh) juga menggunakan kepala pemanas air untuk menekap dada mangsa sehingga mangsa terberak. Selepas terberak, Bella dipaksa untuk memakan najis sendiri setelah diugut akan diletakkan cili padi ke atas luka badannya,” katanya.
Melihat daripada kenyataan tersebut, netizen tidak berpuas hati terhadap tertuduh kerana sanggup melakukan hal tersebut kepada seorang kanak-kanak istimewa.
“Siti Bainun case Why would ppl do such things? Dia kenal mak bapak Bella yg sebenarnya ke dan nak balas dendam? Mak bapak Bella pernah buat aneh-aneh kt dia ke? What other possible reason selain yg ni? Baik dia ddk diam-diam cuci duit je. Kan makmur hidup dia. – @kultusbakteria
“Siti Bainun, u sick! U deserve death penalty! Kalau kau terlepas hukuman di dunia, kau tak akan terlepas hukuman yang Allah akan bagi. -@nuyinjasliena
“Siti Bainun deserved more than just body shaming. Her cruelty is too inhumane. -@BenFaridAzhar
Tertuduh sebelum ini telah didakwa mengikut seksyen 31(1) (a) akta kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan denda maksimum rm50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK