SIPITANG : Sebanyak 30 buah rumah dan kawasan sawah padi dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak petang Sabtu di Long Pasia, di sini, kelmarin.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sipitang Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah, hujan turun bermula dari jam 2 petang hari sabtu sehingga 3 pagi kelmarin.
Hujan tersebut seterusnya menyebabkan paras air Sungai Pasia dan Sungai Padas, Tenom semakin naik di beberapa kawasan di Long Pasia sehingga berlaku banjir di kawasan terbabit akibat pertembungan dua sungai tersebut.
Hal ini menyebabkan hasil tuaian padi penduduk di kawasan tersebut terjejas akibat dihanyut banjir.
Dalam pada itu, pihak JPBD Sipitang akan menjalankan operasi penghantaran bantuan bakul makanan kepada mangsa banjir bermula hari ini.
Bagaimanapun, belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan mangsa banjir , setakat jam 5 petang kelmarin.
More Stories
UPKO Kota Marudu Fokus Persiapan PRN17, Mesyuarat Tritahunan Ditangguh
588 mangsa masih berlindung di 3 PPS di Beaufort
Beberapa daerah di Sabah dilanda hujan lebat petang ini