Oleh: Cyn J.
Kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menurun sebanyak 364 kes iaitu 4406 kes berbanding Isnin (4770) dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Negeri Sabah, semalam.
Berdasarkan Infografik Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, kes tertinggi dilaporkan di daerah Kota Kinabalu iaitu 1077 kes, diikuti oleh Penampang (515), Papar (451) dan Tawau (211).
Di samping itu, sebanyak 12 premis diarah tutup dan 22 bilangan kompaun telah dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Pematuhan SOP pada 22 Februari.
Daerah yang telah dikompaun adalah daerah Tawau (10), Lahad Datu (4), Kota Kinabalu (3), Penampang (2), Semporna (2) dan Sandakan (1).
Sementara itu, kesalahan yang telah dikompaun adalah melebihi masa beroperasi, gagal menggunakan aplikasi MySejahtera atau mencatat nama atau nombor telefon sebelum memasuki premis serta tidak memakai pelitup muka.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ