KAPAL NELAYAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN

Anggota Bomba sedang memadamkan kebakaran melibatkan kapal nelayan di Sandakan tengahari tadi

Oleh Kahar Ali

SANDAKAN:  Sebuah kapal nelayan musnah dalam kebakaran semasa berada di kawasan perairan berhampiran Kampung Pukat, Tanah Merah tengahari tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan melalui talian balai pada jam 12.14 tengahari.

Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bergegas ke tempat kejadian dengan jarak sejauh 8km daripada balai dengan menaiki 2 buah jentera dan 2 buah kenderaan uiliti.

Operasi diketuai oleh PKPgB Jimmy Lagung bersama 14 orang anggota. Laporan dari komander operasi, kebakaran melibatkan sebuah kapal nelayan yang berada 100 meter dari daratan telah terbakar 100%.

Pasukan Bomba membuat operasi pemadaman dari jeti dan kapal nelayan menggunakan sumber air dari tangki jentera. 

Operasi terkawal pada jam 12.43 tengahari sebelum ditamatkan pada jam 1.26 petang selepas kebakaran telah dipadam. Tidak ada kecederaan dan kematian dilaporkan dalam kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *