KEBAKARAN RUMAH KEDIAMAN DI KG TONGODON , TONGOD

Oleh Faizal Rahman

KINABATANGAN :  Pasukan Bomba dari Kinabatangan telah digerakkan ke Kg. Tongodon kira-kira 142 KM dari sini untuk memadam kebakaran yang telah memusnahkan sebuah rumah dan sebuah kenderaan hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 2.10 petang.

Sebuah jentera Bomba dengan enam anggota Bomba diketuai oleh PBK II Hairul Jamal dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan telah respon ke lokasi.

Kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal dan sebuah kenderan jenis Toyota Hilux terbakar 100% semasa jentera tiba di tempat kejadian. 

Pasukan Bomba membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi punca api dan kemerbahayaan lain di lokasi seterusnya mendapatkan maklumat kebakaran. 

Tiada kecederaan dan kematian dilaporkan. Operasi terkawal pada jam 4.40 petang dan operasi tamat pada jam 4.50 petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *