Atas faktor kekurangan bekalan darah ketika ini yang disebabkan kekurangan penderma pada bulan Ramadan, sebanyak empat agensi awam dan swasta hadir membantu Hospital Beaufort untuk mendapatkan bekalan darah yang kian kritikal.
Antara agensi itu ialah Bomba dan Penyelamat Beaufort, RELA Daerah Beaufort, SEDAFIAT, CIMBERANI dan Pejabat Kesihatan Kawasan yang telah menghantar kakitangan untuk hadir pada program Kempen Derma Darah Ramadan di Unit Pesakit Luar Hospital Beaufort kelmarin.
Program itu turut melibatkan penaja-penaja yang prihatin terhadap usaha mendapatkan bekalan darah, antaranya Guan Yi Tang, Shi Niu Mao, sumbangan orang perseorangan Richard Harith yang menaja saguhati penderma darah dan Kedai Kim Hin Beaufort serta Uncle Bob Beaufort yang menajakan dalama bentuk makanan.
Kakitangan hospital dan orang awam turut tidak melepaskan peluang untuk menderma darah pada sebelah malam itu yang mana turut menyediakan juadah berbuka puasa kepada para penderma yang hadir.
Salah seorang anggota RELA yang ditemui Ali Mokhtar Dapil berkata, program yang diadakan pada sebelah malam memudahkan petugas untuk menderma darah disebabkan penderma dapat berbuka puasa dan terus menderma darah.
Turut hadir pada program itu ialah Pengarah Hospital Beaufort Dr. Sutharsan a/l Kannan, Koh Chen Shiung serta Soo Chun Hsiung mewakili Sukarelawan Tabung Darah Hospital Beaufort.
Tabung Darah Hospital Beaufort dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang di bulan Ramadan, dan bagi yang ingin menganjurkan Kempen Derma Darah, boleh menghubungi Pegawai Seranta Tabung Darah Hospital Beaufort di talian 016-3487778 atau 087- 212 333 sambungan 497. – Utusan Borneo

More Stories
Saya sedih tapi redha dengan pemergian anak kedua kami: Ibu
HUMS adakan Perkhidmatan Klinik Bergerak di Kota Belud
HUMS Anjur Program Kesihatan di Kampung Rundum, Tenom