Ke arah mengembalikan autonomi Parlimen, bebas daripada eksekutif

[ad_1]

Oleh Adilla Abdul

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini dalam usaha mengukuhkan lagi institusi itu dan mengubah persepsi yang badan itu sekadar tempat meletakkan “rubber stamp”, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming.

Menurut beliau, usaha ke arah mengaktifkan semula akta itu yang dimansuhkan pada tahun 1992 sedang giat dijalankan dan merupakan sebahagian penting manifesto Pakatan Harapan bagi mengembalikan autonomi Parlimen, lantas menjadikan Parlimen badan yang bebas daripada eksekutif.

“Saya yakin dengan iltizam politik yang kuat dalam penggal ini, kami akan berjaya melakukan pembaharuan Parlimen secara komprehensif dan menjadikannya institusi yang disegani dan bukan lagi digelar (tempat) rubber stamp seperti dulu, “ katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (saluran Astro 502) baru-baru ini.

Katanya, Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen akan menjadikan institusi itu sebagai institusi bebas, mempunyai belanjawan dan kakitangan awamnya sendiri yang tidak tertakluk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.
…..

[ad_2]