KURSUS PERTOLONGAN CEMAS SJAM SANDAKAN

Para Peserta Kursus

SANDAKAN:  St. John Ambulans (SJAM) Kawasan Sandakan telah mengadakan Kursus Pertolongan Cemas Guru-Guru Penasihat bertempat di Bilik Latihan Ibu Pejabat SJAM di Batu 1 1/2 Jalan Utara pada hari Ahad.

Seramai 35 orang   guru penasihat sekolah dari sekitar Sandakan dan Beluran telah  menyertai kursus ini.    

Sekolah   tersebut   ialah   SMK Gum- Gum, SMK Libaran, SMK Batu Sapi,  SMK Sandakan 2,  SMK Elopura 2,  SK Sunga Anib 2,   SJK (C) Lok Yuk,   SJK (C) Pui Jin,   SK Cheng Min, SK St Mary Town,  SK Gas,  SK Sri Tanjung Papat 2 dan SK Botition, Beluran.

Kursus ini bertujuan untuk memberi teori dan amali pertolongan cemas kepada guru sebagai sebahagian keperluan memperolehi Pensijilan Pertolongan Cemas dan kad keahlian St. John untuk guru.

Peserta   kursus   telah   didedahkan   teknik   CPR,   tercekik,   kedudukan pemulihan dan balutan oleh jurulatih dari SJAM Sandakan serta wakil dari Queen Hospital Kota Kinabalu dan bersama dalam kursus ini sebagai pemerhati ialah wakil dari Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Para peserta telah melakukan amali secara inidividu dan berkumpulan.

Semasa majlis penyampaian sijil penyertaan, Pemerintah Kawasan SJAM, Tan Chuan Joo yang hadir bersama sepanjang kursus menyatakan rasa kagum dengan komitmen dan kesungguhan guru membuat amali pertolongan cemas. 

Beliau berkata seorang guru yang mahir boleh mengajar ramai murid dan murid boleh mengajar rakannya malah ibubapa dan ahli keluarganya. 

Inilah “kesan lipat-ganda” yang menjadi hasrat SJAM untuk menyebar luas pertolongan cemas  di kalangan masyarakat untuk menghadapi kes-kes kecemasan.

Kursus ini akan terus dianjur secara berkala untuk melibatkan semua guru sekolah rendah dan menengah secara berperingkat memandangan impak tinggi hasil dari kursus sebegini.

Kursus  yang bermula 8.00 pagi telah tamat pada pukul 2:00 petang setelah semua peserta menduduki peperiksaan bertulis.