PAPAR: Satu insiden kebakaran dapur berlaku di Kedai Lama, Papar sebaris Uncle Bob, pada Rabu.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 9:37 pagi.
Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, yang diketuai oleh PBK II Hamdani Harith, tiba di lokasi dalam masa dua minit dengan kekuatan 10 anggota dan menggunakan jentera FRT dan EMRS.
Kebakaran yang melibatkan kawasan dapur berkeluasan 15×10 kaki persegi, dengan 15 peratus terbakar, berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 9:41 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 10:01 pagi.
Tiada mangsa dilaporkan dalam insiden ini. Pasukan bomba menggunakan satu aliran hos reel untuk memadam kebakaran dan memastikan tiada ancaman bahaya lain sebelum meninggalkan lokasi. Operasi turut dibantu oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
More Stories
KUSKOP salur RM346.28 juta pembiayaan PMKS dan koperasi di Negeri Sembilan pada tahun 2024
Maritim Malaysia tahan dua bot tunda nelayan lakukan aktiviti tarik pukat tunda
Agensi di bawah KUSKOP bantu usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak